 |
| Gambar hiasan: Wanita Mengandung |
Perkahwinan menurut Islam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah
Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara
lelaki dan
perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh
Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam
al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan
zina.
Hikmah perkahwinan
* Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala
perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
* Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
* Memelihara kesucian diri
* Melaksanakan tuntutan syariat
* Menjaga keturunan
* Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan
persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang
dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak
terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi
kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai
petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
* Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
* Dapat mengeratkan silaturahim
Ciri-ciri bakal isteri
* Beriman & solehah
* Rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
* Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* Menentukan mas kahwin yang rendah
* Wanita yang subur
* Masih dara
* berasal dari keturunan yang baik
* bukan keturunan terdekat
* tidak memandang harta semata-mata
Syarat bakal isteri
* Islam
* Perempuan yang tertentu
* Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
* Bukan seorang khunsa
* Bukan dalam ihram haji atau umrah
* Tidak dalam idah
* Bukan isteri orang
Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.