AMARAN
Kandungan laman ini mungkin mengandungi unsur-unsur seksual, lampau dan sebagainya yang tidak bersesuaian untuk sesetengah pihak, terutama di bawah 18 tahun. Sila keluar Jika anda tidak selesa dengannya.
![]() |
| Gambar Hiasan : Ketika kita mula dilahirkan |
Sudah menjadi fitran alam, Allah menciptakan semua benda secara berpasangan-pasangan seperti diantaranya daratan berpasang dengan lautan, bulan dan bintang, malam pula berpasangan dengan siang dan setiap yang berpasangan itu juga ada hikmahnya tersendiri. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah s.w.t ini teramatlah sempurna.
Begitu juga dengan manusia :
Firman Allah bermaksud, Al-Rum, 20-21
" Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa ia menciptakan kamu dari tanah, kamudian kamu menjadi manusia hidup bertaburan di muka bumi. Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (laki-laki) isteri-isteri dari kamu sendiri supaya kamu menjadi tenteram (aman damai) hidup bersamanya. Dan ia menjadikan antara kamu suami isteri berkasih-kasihan dan belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu sebagai tanda (kebesaran Allah) bagi mereka yang ingin berfikir. "
(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.)
Lelaki mempunyai pelbagai ciri jantina yang membezakan mereka daripada perempuan. Serupa dengan perempuan, organ seks mereka merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdirinya daripada zakar, testikel, vas deferens serta korda spermatik yang lain, dan kelenjar prostrat. Sistem pembiakan lelaki ditujui semata-mata untuk penghasilan dan pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik. Oleh sebab sperma memasuki uterus perempuan dan kemudiannya salur falopia untuk mensenyawakan telur yang akan berkembang menjadi fetus ataupun anak, sistem pembiakan lelaki tidak bermain sebarang peranan sewaktugestasi. Konsep kebapaan dan keluarga terwujud di setiap masyarakat manusia.
Ciri-ciri jantina sekunder seperti bulu roma dan pertumbuhan otot dipergunakan untuk menarik perhatianpasangan atau untuk menewaskan pesaing. Bagaimanapun, kesemua ciri sekunder itu seringnya berkaitan dengan pembiakan. Berbeza dengan perempuan, kebanyakan daripada organ seks lelaki terdiri daripada bahagian-bahagian luar, walaupun terdapat juga bahagian dalaman, umpamanya kelenjar prostrat. Penyelidikan pembiakan lelaki dan organ-organ berkait digelarkan andrologi. Kebanyakan walaupun bukan kesemua lelaki mempunyai kariotip 46/XY.
Secara amnya, lelaki mengalami banyak penyakit yang serupa dengan perempuan. Bagaimanapun, terdapatnya sebahagian penyakit seks yang terjadi hanya, atau lebih kerap kali, pada lelaki sahaja. Umpamanya, lelaki lebih kerap mengalami autisme dan kebutaan warna, berbanding perempuan. Sebahagian penyakit-penyakit berkait umur, seperti penyakit Alzheimer, kelihatannya lebih lazim di kalangan lelaki, walaupun tidak pasti adakah ini disebabkan oleh kejadian yang benar-benar lebih banyak ataupun kerana lelaki mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding perempuan.
Faktor-faktor biologi biasanya tidak merupakan penentu tunggal untuk menganggapi adakah seseorang itu dikira lelaki atau tidak. Umpamanya, ramai lelaki dilahir tanpa fisiologi lelaki yang tipikal (anggarannya berbeza-beza di antara satu per-2,000, dan satu per-100,000), dan sesebahagian individu dengan kromosom XY boleh mempunyai perbezaan hormon ataupun perbezaan genetik (seperti sindrom ketidaksensitifan androgen), atau keadaan interseks yang lain; seseparuh orang interseks dan orang-orang lain yang mempunyai jantina tertentu sewaktu dilahir, kemudian menggantikan jantina mereka.
Tambahan pula, 20% daripada lelaki-lelaki di Amerika Syarikat, Filipina, dan Korea Selatan, serta orang-orang yang beragama Yahudi dan Islam menjalani penyunatan yang merupakan suatu proses untuk mengubahkan keadaan zakar daripada keadaan asli melalui pembuangan kulit khatan.
![]() |
| Gambarajah : bahagian-bahagian Anggota Lelaki |


No comments:
Post a Comment